Rabu, 19 Februari 2020

LAGI 5 REKOD BAHARU TELAH BERJAYA DICIPTA DI HARI KEDUA KEJOHANAN



KOMPLEKS SUKAN KUDAT: Pada hari kedua kejohanan, 5 rekod lama telah berjaya dipecahkan,.Di sebelah pagi rekod baharu telah dicipta dalam acara Lempar Cakera kategori bawah 15 Perempuan apabila atlet dari SMK Sikuati, Sherra Annabelle Jonias berjaya mencatat jarak sejauh 28.43 meter memadamkan rekod lama yang dicatat oleh Froneka Mail dari SMK Sikuati pada tahun 2009.


Adik Sherra Annabelle bersama jurulatih ditemuramah oleh AJK Buletin (gambar)


Setakat jam 10.30 pagi, SMK Abdul Rahim berada di kedudukan teratas dengan mengutip 7 emas, 2 perak dan 1 gangsa diikuti oleh SMK Sikuati dengan mengutip 5 emas, 7 perak dan 6 gangsa dan berada di tempat ketiga ialah kontinjen SMK Pinawantai yang mengutip 4 emas, 6 perak dan 5 gangsa.

Pada sebelah petang pula, 4 lagi rekod kejohanan telah dicipta . Rekod  yang kedua dipecahkan ialah pada hari kedua ini  ialah dalam acara 110M Lari Berpagar Lelaki Bawah 18 Tahun apabila Hezron Lemeih Tonny dari SMK Pinawantai berjaya mencatat masa 15.1 saat memadamkan rekod lama yang dicipta pada tahun 2018.


Adik Hezron yang ditemuramah oleh AJK Buletin (gambar)

Rekod ketiga yang telah direkodkan ialah dalam acara Lompat Jauh Perempuan bawah 15 Tahun apabila Carefina Dian Eldy juga dari SMK Pinawantai berjaya mencatatkan jarak lompatan terbaik sejauh 4.63 meter memadamkan rekod lama sejauh 4.54 meter yang dicipta oleh Welda Jomiun juga dari SMK Pinawantai pada tahun 2010.

Adik Carefina ditemuramah oleh AJK Buletin (gambar)


Rekod kejohanan terus dipecahkan di sebelah petang hari kedua oleh Floris Wendy Jiris dari SMK Matunggong apabila berjaya mencatatkan jumlah mata terbaik dalam acara Hepathlon Perempuan Terbuka iaitu sebanyak 2010 mata memadamkan rekod yang dipegang oleh Marziana Sopidi dari SMK Sikuati pada tahun 2019.

Adik Floris ditemuramah oleh AJK Buletin (gambar)

Rekod kejohanan terus dipecahkan di sebelah petang hari kedua oleh Valythere Jose dari SMK Pinawantai apabila berjaya mencatatkan masa terbaik iaitu 10 minit 34.8 saat dalam acara 3000 Meter Terbuka memadamkan rekod yang diciptanya sendiri pada tahun 2019.

Adik Valythere (sebelah kanan) ditemuramah oleh AJK Buletin (gambar)

Setakat jam 5.00 petang, jumlah kutipan pingat  di hari kedua didahului kontinjen SMK Sikuati dengan mengutip 12 emas, 12 perak dan 12 gangsa. Di kedudukan kedua ialah kontinjen SMK Pinawantai dengan mengutip 9 emas, 12 perak dan 10 gangsa. Di tempat ketiga kontinjen dari SMK Abdul Rahim  yang berjaya mengutip 7 emas, 2 perak dan 5 gangsa.


Kedudukan Pingat setakat berakhir hari kedua

Kejohanan berbaki dua hari lagi dan pada hari ketiga iaitu Khamis kontinjen dari sekolah rendah akan mula bertanding mewakili 7 Zon dari seluruh daerah Kudat iaitu Zon Bandar 1, Zon Bandar 2, Zon Tamalang, Zon Sikuati, Zon Parapat, Zon Tinangol, Zon Matunggong dan Zon Banggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan