Khamis, 20 Februari 2020

LAGI REKOD KEJOHANAN LAMA DILEBURKAN DI HARI KETIGA

KOMPLEKS SUKAN KUDAT: Pada hari ketiga kejohanan, 5 rekod telah berjaya dipadamkan. Di sebelah pagi rekod baharu telah dicipta dalam acara 10 000 Meter Jalan Kaki Lelaki bawah 18 apabila atlet dari SMK Pinawantai, Valythere Jose berjaya mencatatkan masa terbaik iaitu 56 minit 02.0 saat memadamkan rekod lama yang dicipta oleh Adevit Samun juga dari SMK Pinawantai pada tahun 2006.

Adik Valythere dan Adik Deculy dari SMK Pinawantai ditemuramah oleh AJK Buletin (gambar)

Rekod kedua telah dicipta dalam acara Lompat Kijang Perempuan bawah 15 apabila atlet juga dari SMK Pinawantai, Farlinah binti Francis mencatatkan lompatan terbaik sejauh 10.03 meter memadamkan rekod lama yang dicipta oleh Ji Fedalliah Claritta Jaimin juga dari SMK Pinawantai pada tahun 2011.

Adik Farlinah dan AJK Buletin bergambar selepas ditemuramah (gambar)

Rekod ketiga telah dicipta dalam acara balapan iaitu 800 Meter Perempuan bawah 15 Separuh Akhir
apabila atlet dari SMK Sikuati, Founahney Yusman mencatatkan masa terbaik iaitu 2 minit 48.10 saat memadamkan rekod lama yang dicipta oleh Maznye Jainis juga dari SMK Sikuati pada tahun 2015 dengan catatan masa 2 minit 48.4 saat.

Adik Founahney ditemubual oleh AJK Buletin (gambar)

Rekod keempat telah dicipta telah dicipta sekali lagi dalam acara 200 Meter Separuh Akhir Perempuan bawah 15 apabila atlet dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS), Siti Nur Maisara binti Hang Jabat berjaya mencatatkan masa 27.70 saat  memadamkan rekod yang lama iaitu 28.10 saat yang dipegang oleh Ellyzuaniesah binti Yadut dari SMK Abdul Rahim pada tahun 2003.

Dan rekod yang kelima yang berjaya dipecahkan sepanjang pagi tadi juga acara yang sama iaitu acara 200 Meter Separuh Akhir Perempuan bawah 15 apabila atlet dari SMK Sikuati, Mellysa Jidi berjaya mencatatkan masa terbaik iaitu 28.00 saat.

Setelah berakhir hari ketiga,  SMK Sikuati masih berada di kedudukan yang teratas dengan memungut pingat sebanyak 19 emas, 14 perak dan 8 gangsa diikuti oleh Kontinjen dari SMK Pinawantai dengan pungutan pingat 14 emas, 15 perak dan 17 gangsa. Kedudukan yang ketiga ialah Kontinjen dari SMK Abdul Rahim dengan pungutan pingat  sebanyak 9 emas 5 perak dan 5 gangsa.

Bagi Zon Sekolah Rendah, Zon Tinangol berada di kedudukan teratas dengan memungut jumlah pingat sebanyak 2 emas dan 3 perak.  Di kedudukan yang kedua ialah dari Zon Bandar 2 dengan jumlah pungutan pingat sebanyak 2 emas dan 1 perak dan di tempat yang ketiga ialah dari Zon Tamalang dengan jumlah pungutan pingat sebanyak 2 emas dan 1 perak.



 Acara yang lain akan disambung pada hari keempat dan merupakan hari terakhir kejohanan. Pada hari terakhir juga akan berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan di sebelah petang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan