Selasa, 18 Februari 2020

4 REKOD KEJOHANAN DIPECAHKAN PADA HARI PERTAMA KEJOHANAN

Kompleks Sukan Kudat: Empat rekod berjaya dipecahkan pada hari pertama kejohanan. Pada sebelah pagi, rekod baharu berjaya dicipta dalam acara 3000 meter Jalan Kaki kategori bawah 15 Tahun Perempuan apabila atlet dari SMK Pinawantai, Reenorrye Shonya Rosdee berjaya mencatat masa 17.53 saat memadam rekod lama berusia 10 tahun yang dicatat pada tahun 2010. Rekod yang kedua berjaya dipecahkan ialah dalam acara Merejam Lembing kategori perempuan bawah 15 tahun apabila Najira binti Jamirun berjaya mencatat jarak sejauh 23.05 meter memadamkan rekod lama yang dicatat pada tahun lepas. Rekod yang ketiga berjaya dicipta dari acara 200 meter Lari Berpagar apabila Misha binti Abdul Latip dari SMK Abdul Rahim mencatat masa 31 saat pada peringkat separuh akhir. Rekod terakhir untuk hari pertama berjaya dicatatkan dalam acara 400 meter Lari Berpagar kategori lelaki 18 tahun apabila Ian Indrian Johkius dari SMK Pinawantai mencatatkan masa 57.6 saat.

Adik Reenorrye ditemuramah oleh AJK Buletin SMKPI (Gambar)


Adik Ian ditemuramah (Video)




Adik Najirah ditemuramah (Video)





Adik Misha ditemuramah (gambar)


Berikut adalah gambar-gambar sekitar hari pertama kejohanan:-





Dari segi jumlah pingatan emas setakat hari pertama, SMK Abdul Rahim berada di kedudukan teratas dengan mengutip 6 emas, 2 perak dan 1 gangsa diikuti rapat oleh SMK Pinawantai dengan mengutip 4 emas, 5 perak dan 2 gangsa dan berada di tempat ketiga ialah kontinjen SMK Sikuati yang mengutip 2 emas, 5 perak dan 6 gangsa. 

Kejohanan akan bersambung pada hari kedua 19 Februari 2020. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan