Jumaat, 21 Februari 2020

HARI TERAKHIR DAN MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUDAT 2020

KOMPLEKS SUKAN KUDAT: Pada hari keempat kejohanan olahraga, sebanyak 2 rekod kejohanan telah berjaya dipadamkan. Antaranya ialah acara balapan 4 x 100 meter perempuan bawah 15 apabila Quartert dari SMK Abdul Rahim mencatatkan masa terbaik iaitu 54.9 saat memadamkan rekod lama pada tahun 2019.


Quartert SMK Abdul Rahim yang ditemuramah oleh AJK Buletin (gambar)

Seterusnya rekod kedua kejohanan telah berjaya dipadamkan dalam acara balapan 4 x 400 meter lelaki bawah 18 apabila Quartert dari SMK Pinawantai berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan mencatatkan masa terbaik 3 minit 41.5 saat memadamkan rekod lama yang dicipta pada tahun 2010.


Pada sebelah petang, diadaan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga MSSD Kudat tahun 2020 kali ke 46. Didahului dengan lintas hormat Kontinjen dari Zon Rendah dan Zon Menengah serta para sukarelawan.

Kontinjen dari SMK Pinawantai (gambar)

Kontinjen dari Zon Rendah dan Zon Menengah (gambar)

Seterusnya, majlis penutupan ini juga dihiburkan lagi dengan persembahan tarian sambut tamu dari kumpulan penari dari SMK Abdul Rahim 2. Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku dinyanyikan oleh semua kontinjen dan para hadirin yang hadir dengan penuh semangat. 

Persembahan tarian sambut tamu dari SMK Abdul Rahim 2

Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Kusdi bin Ribut
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kudat 

Ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Tuan Chong Cheng Bin 
Ahli Dewan Undangan Negeri N.2 Tanjong Kapor

Selepas ucapan perasmian, para tetamu jemputan dan pengetua-pengetua sekolah mengiringi perasmi untuk memeriksa barisan kontinjen dan menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap ketua kontinjen. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Olahragawan dan Olahragawati Lelaki dan Perempuan Sekolah Rendah, Kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 15 Tahun dan Kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun. Berikut senarai para olahragawan dan olahragawati mengikut kategori:-


Adik Valythere Jose Olahragawan Lelaki 18 dari kontinjen SMK Pinawantai

Adik Sherra Annabelle Jonias Olahragawati 15 Tahun dari kontinjen SMK Sikuati





Kontinjen dari SMK Sikuati muncul sebagai johan keseluruhan kategori sekolah menengah buat kali keenam berturut-turut dan Zon Matunggong menjadi johan keseluruhan kategori sekolah rendah. 
Berikut adalah kedudukan terakhir jumlah kutipan pingat mengikut kategori:-

SMK Sikuati Johan Keseluruhan Sekolah Menengah (Gambar)

Zon Matunggong Johan Keseluruhan Sekolah Rendah (Gambar)



Majlis perasmian penutupan diakhiri dengan persembahan secara langsung live band dari kumpulan Sindak Navau SMK Pinawantai Kudat. 

Kumpulan Sindak Navau dari SMK Pinawantai



Tiada ulasan:

Catat Ulasan